laptop hampir rosak...tq huhu kepada yg sudi merepairnya huk3...jasa mu sungguh tak ternilai...eseh!...bah jom stdy suma...
ALL THE BEST FOR OUR FINAL PAPER TOMORROW...
Model
Bunker & Thorpe
-Teaching Games for Understanding-
[TGfU]
PENGENALAN
- TGfU dihasilkan oleh Bunker and Thorpe pada tahun 1982 untuk pelajar-pelajar sekolah menengah
- TGfU merupakan satu model pendidikan yang menekankan:
- Pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan
- Meningkatkan tahap aktiviti fizikal
- Menjadikan kelas pendidikan jasmani sebagai tempat yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria
- Digunakan secara meluas dalam kejurulatihan dan pendidikan jasmani sehingga masa kini
FAKTOR-FAKTOR
- Terdapat beberapa isu timbul di kalangan pelajar-pelajar Britain pada 1980-an yang mendorong Bunker and Thorpe untuk mengkaji TGfU:
- Pencapaian dalam permainan adalah sikit dan kurang memuaskan
- Kekurangan pengetahuan tentang permainan
- Lemah dalam kemahiran asas dan kurang berupaya dalam membuat keputusan
- Terlalu mengharapkan jurulatih atau guru untuk membuat keputusan
- Kadar perkembangan dalam permainan adalah lambat dan tidak menonjolkan
MATLAMAT
- Matlamat utama TGfU adalah untuk memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
- Menurut falsafah TGfU, pelajar atau pemain bukan sahaja perlu tahu bagaimana untuk menjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih penting untuk belajar membuat keputusan yang sesuai ketika permainan berjalan
- Model TGfU juga menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam pelbagai permainan
PERKEMBANGAN
- Selepas kajian Bunker dan Thorpe, falsafah dan teori dalam TGfU masih diubahsuai dan diperkembang dari semasa ke semasa
- Secara mendalam dan tepat, TGfU adalah lebih pratikal dan mudah diaplikasikan dalam permainan bola
- Pada tahun 2004, Webb and Pearson telah mengkategorikan permainan kepada empat kategori utama:
- Target
- Striking / Fielding
- Net / Wall
- Invasion
KATEGORI PERMAINAN
- Target
- Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapat mata
- Contoh: bowling, archery, golf
- Striking / Fielding
- Perlawanan yang melibatkan dua pihak: pasukan striking dan pasukan fielding
- Mengumpul mata melalui larian yang selamat dan berjaya selepas pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan
- Contoh: baseball , softball, cricket
- Net / Wall
- Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding
- Mengumpul mata melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang
- Contoh: badminton, squash, table tennis
- Invasion / Serangan
- Permainan berpasukan
- Dalam jangka masa yang tertentu, masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan mengumpul mata
- Contoh: soccer, basketball, handball
TUJUAN MENGKATEGORIKAN PERMAINAN
- Setiap permainan dalam kategori yang tersebut mempunyai sifat dan peraturan yang mirip atau seiras
- TGfU bertujuan untuk menggalakkan palajar-pelajar melibatkan diri dalam pelbagai permainan
- Setelah mempelajari salah satu permainan dalam satu kategori, pelajar akan memperoleh pengetahuan asas atas peraturan, kemahiran dan taktik dalam kategori tersebut
- Oleh itu, pelajar akan bermampu untuk menyertai permainan lain dalam kategori yang sama
- Contoh:
Pelajar yang telah belajar bola keranjang atau bola sepak dapat main bola baling